Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“20 Februari Itu Sekadar Gurauan…” – Remy Ishak

today18 July 2019

Background

Pelakon Remy Ishak mengakui tertekan apabila ramai bertanyakan mengenai tarikh pernikahannya.

Sebelum ini, Remy secara bergurau berkata mahu berkahwin pada tarikh 20 Februari 2020, walaupun belum mempunyai calon isteri.

Sewaktu bertemu dengan wartawan sebelum ini yang bertanyakan mengenai isu nikah dan tarikh kahwin, Remy menjelaskan, ia adalah bualan kosong serta bergurau dengan mereka apabila menyebut tarikh itu.

“Saya tidak menyangka pula mereka sebenarnya serius dan menyiarkan berita mengenai tarikh perkahwinan terbabit.

“Kecohlah juga apabila berita ini disiarkan. Ahli keluarga saya semua sudah bertanya dan mempersoalkan mengapa perkara ini tidak dibincangkan dengan mereka terlebih dulu serta siapakah calon yang bakal saya nikahi.”

Sambil memperbetulkan situasi, kata Remy kepada Harian Metro, dalam usianya sekarang sudah tentu soal nikah dan berumahtangga ada dalam kamus hidupnya, namun perancangan untuk melaksanakannya tidak ada dalam waktu terdekat ini.

“Saya percaya kepada jodoh yang sudah ditentukan, cuma sebagai bakal suami dan ketua keluarga banyak perkara harus difikirkan sebelum keputusan dibuat.”

Sumber: Harian Metro

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *