Tahun 2019 adalah tahun yang ditunggu-tunggu apabila filem aksi John Wick: Chapter 3 – Parabellum bakal menjengah pawagam pada bulan Mei tak lama lagi.
Berikut merupakan 4 fakta menarik tentang John Wick: Chapter 3 – Parabellum yang pasti menjanjikan aksi yang lebih Brutal tahun ini.
1.Perjuangan John Wick untuk bersara sebagai pembunuh bayaran.
Jika anda mengikuti sekuel filem John Wick dari awal, anda pasti tahu bagaimana perjalanan John Wick. Pada akhir filem kedua, John Wick diburu oleh para pembunuh bayaran.
Menerusi filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum ini nanti, anda dapat saksikan bagaimana John Wick harus berperang dengan Winston, kawan lama nya tetapi sekarang menjadi musuh barunya.
2. Di sebalik maksud Parabellum.
Pasti ramai yang tak tahu apa itu sebenarnya Parabellum? Parabellum memang bermaksud senjata tapi ia juga memiliki maksud berbeza dalam bahasa Latin iaitu jika kamu ingin kedamaian, bersiaplah untuk perang.
Pepatah ini sangat sesuai dengan jalan cerita perang yang akan dihadapi oleh John Wick di filem ketiganya ini.
3. Selain karakter baru, ada beberapa karakter lama akan kembali dalam John Wick 3.
Selain Keanu Reeves, filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum ini akan kembali dibintangi Iain McShane sebagai Winston dan Laurence Fishburne sebagai The Bowery King yang menjadi lawan John Wick.
Selain itu, akan ada lakonan Halle Berry yang berperanan sebagai Sofia, pembunuh yang berada di pihak John yang selalu memiliki dua ekor anjing German Shepherd di sisinya.
Lebih menarik, Anjelica Huston, Asia Kate Dillo hingga Jason Mantzoukas juga akan turut serta dalam filem ini dan setiap mereka dikhabarkan mempunyai dendam yang tersendiri dan menjadi musuh John Wick bagi filem ini.
Filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum akan ditayang di pawagam pada 16 Mei dan ini merupakan trailer pertamanya yang dilancarkan pada 17 Januari 2019 lalu.
Post comments (0)