Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 hari tiada bekalan air, 85 sekolah di Manjung tutup

today3 April 2023

Background


Gangguan bekalan air sejak Jumaat lalu menyebabkan semua sekolah itu memohon cuti ganti hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata, semua sekolah terjejas melibatkan kawasan Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung, Lekir, Kayan, Pangkor dan Lumut. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Gangguan bekalan air di Manjung, Perak berlarutan sejak Jumaat lalu menyebabkan 85 sekolah di daerah itu terpaksa ditutup dan memohon cuti ganti, hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, berkata semua sekolah terjejas melibatkan enam kawasan di daerah tersebut, lapor Bernama.

Katanya, sebanyak 34 sekolah ditutup di Ayer Tawar, 19 di Sitiawan, seluruh Seri Manjung (18), seluruh Lekir ke Kayan dan Pangkor masing-masing lima serta Lumut empat, melibatkan sekolah rendah, menengah dan jenis kebangsaan.

“Keputusan untuk menutup 85 sekolah hari ini adalah demi kebajikan dan kesihatan pelajar termasuk pendidik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post