Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata orang awam itu panik dengan kehadiran polis secara mengejut ketika operasi basmi mat rempit.

PETALING JAYA: Rakaman tular seorang lelaki bertempiaran lari dalam operasi basmi aktiviti ‘mat rempit’ di Jalan Jelapang, Ipoh, disahkan orang awam mengalami serangan panik, susulan kehadiran mengejut polis.
Dalam video pendek berdurasi 38 saat itu, lelaki yang memakai topi keledar itu berlari meninggalkan motosikalnya sehingga tidak menghiraukan seliparnya yang terlucut, dipercayai terkejut didekati anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata kejadian berlaku semalam, kira-kira 3 pagi ketika sepasukan polis daripada cawangan penguatkuasa, bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik, IPD Ipoh menjalankan operasi selepas menerima aduan awam berlaku aktiviti lumba…