Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

3 Jutawan Tasneem Naturel dilahirkan semasa pandemik 2021!

today2 November 2021

Background

Ramai orang berangan-angan nak jadi Jutawan, dan angan-angan 3 orang surirumah ini akhirnya menjadi kenyataan dengan Tasneem Naturel! Memang tiada yang mustahil jika kita sentiasa jadikan angan-angan itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan situasi pandemik yang melanda, bisnes boleh jalan ke? Yelah, ramai yang terkesan sampai ada yang terpaksa gulung tikar. Tapi, Tasneem Naturel berjaya buktikan yang sebaliknya.

“Daripada pengguna ke RM1 Juta Sales! Tiada latar belakang bisnes bukan penghalang ” – Zainurul Azwa Zakaria, 33 tahun

Pernah bekerja dalam bidang penyelidikan di Universiti Malaya, dan mempunyai Ijazah Sarjana, wanita ini tekad untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa demi memulakan kehidupan baru di Perak bersama suami dan 3 orang anak. Zainurul Azwa mula mengenali produk Tasneem Naturel sebagai pengguna balm Sleep Time & Calm Time dan merupakan antara pengguna terawal produk Tasneem Naturel dari batch pertama pengeluaran.

Tidak dilahirkan dalam keluarga berlatar belakang bisnes dan tidak langsung mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam dunia bisnes, Zainurul Azwa tetap tekad untuk terjun ke dalam dunia bisnes dengan minda terdesak untuk menambah pendapatan. Beliau pernah menjadi dropship buku, ejen durian belanda frozen, dropship educational toys dan beberapa lagi sistem ejen namun akhirnya selesa dan percaya dengan produk bayi Tasneem Naturel untuk dijadikan sebagai bisnes utama beliau. 

‘Bermula hanya sebagai dropship, dalam masa 3 bulan saya berjaya naik stokis. Sejak dari itu, saya hanya fokus pada satu produk dan betul-betul serius membina bisnes bersama Tasneem Naturel hingga ke hari ini’ – Zainurul Azwa Zakaria, 33 tahun

Menurut Zainurul, asbab gigih menurut apa yang leader dan founder ajari serta rajin mengikuti pelbagai kelas dari sifu luar, tak kisah secara online atau offline merupakan kunci kejayaan beliau pada hari ini. Beliau juga turut berkata, untuk berjaya, perlu ada disiplin dengan mengikuti semua program yang HQ jalankan. Beliau tidak menyangka, boleh berjaya mencapai 1 juta jualan pada 5 September untuk tahun 2021, lebih awal daripada tarikh jangkaan. 

“1 juta hanya angka kawan-kawan, Tetapi itulah benchmark kepercayaan penting untuk usahawan kecil berani melangkah makin kehadapan. Sangat-sangat penting untuk kita break rekod 1 juta dalam masa tiga tahun pertama berbisnes. Itu memberi petanda yang kita betul-betul membina bisnes” – Zainurul Azwa Zakaria, 33 tahun

 

“Tahun 2021 merupakan tahun kedua Aida berjaya capai sales 1 Juta” – Syuhaidah Binti Norazrin, 33 tahun. 

Ibu kepada seorang anak berusia 7 tahun ini sudah 4 tahun bersama Tasneem Naturel,  beliau  mula menjadi ejen pada tahun 2017. Bermula hanya untuk mencari solusi masalah anaknya yang baru putus susu dan meragam apabila hendak tidur malam, beliau mencuba balm Calm Time dan Sleep Time. Ternyata ia begitu serasi dan beliau mula memperkenalkan produk tersebut kepada ibu-ibu lain yang mempunyai masalah yang sama. 

“Magic numbers kena pegang betul-betul. Bila kita tahu apa yang kita nak capai, lebih mudah kita atur strategy untuk push the sales. Next target nak capai sales 2 juta”- Syuhaidah Binti Norazrin, 33 tahun. 

Bagi Syuhaidah, untuk berjaya kena bermula dengan diri sendiri. Sentiasa kena bersungguh-sungguh dalam berbisnes. Walau sehebat mana leader atau mentor anda, dan tak kira sehebat mana pun produk yang anda jual, anda tak akan berjaya sekiranya tiada kesungguhan. Katanya lagi, tanpa usaha gigih yang berterusan, tanpa komitmen, benda takkan jadi.

Antara faktor lain kejayaan beliau adalah, beliau menyimpan cita-cita untuk membelikan ayah sebuah rumah selain membantu suami menambah pendapatan keluarga.

 

“Dengan modal sebiji telefon dan internet sahaja, saya boleh break 1 juta dah 3 tahun berturut”- Aminah Binti Hussain, 37 tahun

Mula-mula beliau sekadar menerima sedekah balm percuma daripada pengasas Tasneem Naturel, daripada situ beliau terus berminat untuk menjadi ejen Tasneem Naturel. Tahun 2021 merupakan tahun ke-6 beliau bersama Tasneem Naturel. 

Matlamat untuk memperbanyakkan sedekah dan amal jariah menjadi faktor utama beliau sentiasa berusaha keras dalam bisnes Tasneem Naturel. Beliau mahu membantu lebih ramai lagi surirumah yang kebanyakkannya mempunyai ijazah untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Bagi beliau, tidak perlu malu untuk menceburi bidang perniagaan dengan modal yang kecil. Apa yang penting adalah keinginan yang kuat untuk mendorong seseorang terus belajar dan mencipta kejayaan.

“Tiada modal tak apa, boleh cari. Tapi tapi tiada keinginan, ini tak dapat tolong. Hanya keinginan yang kuat membuatkan kita terus belajar dan mencipta kejayaan” – Aminah binti Hussain, 37 tahun

 

Jika anda berminat ingin menjadi Jutawan seperti ketiga-tiga surirumah di atas, anda boleh mendaftar sebagai ejen Tasneem Naturel menerusi laman ini. 

Tasneem Naturel diyakini lebih 100,000 pelanggan untuk mengatasi pelbagai masalah bayi secara semula jadi. Malah, harganya setanding kualiti dan mudah didapati melalui lebih 15,000 ejen seluruh Malaysia.

Nak maklumat lanjut mengenai Tasneem Naturel, klik Facebook serta Instagram. 

 

Written by: Nabilah


Previous post