Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 lelaki ditahan berkait ragut rantai emas RM30,000

today16 November 2024

Background


handcuff
Seorang daripada suspek direman tiga hari manakala dua lagi direman sehari.

PETALING JAYA: Tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya 12 Okt lalu ditahan dalam serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di Petaling Jaya dan Subang Jaya susulan laporan seorang lelaki tempatan mendakwa disamun seorang daripada mereka.

“Semua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar dokumen, pembeli emas dan pembantu kedai emas dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

“Semasa serbuan turut dirampas beberapa barang kemas dan resit pembelian emas serta sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.

Wan Azlan berkata, seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 Nov manakala dua lagi direman sehari.

“Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes ragut di Subang Jaya dan siasatan masih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post