Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

30 Hari Pemergian Ashraf Sinclair: Yuna Luah Rasa Rindu

today19 March 2020

Background

Umum mengetahui penyanyi Yuna adalah adik ipar kepada pelakon allahyarham Ashraf Sinclair yang telah pergi meninggalkan kita pada 18 Februari 2020.

Pada 18 Mac 2020, genap sebulan (30 hari) pemergiannya, dan masih lagi dirasai ketika dan saat ini.

Bukan sahaja dalam kalangan artis, peminat malah keluarga terdekat sudah tentu antara individu yang masih merasainya apatah lagi Ashraf adalah seorang anak, suami dan abang yang sangat baik dan mementingkan keluarganya.

Image result for yuna dan ashraf sinclair

Yuna menerusi kemaskini Instagram Story miliknya semalam tidak menahan sebak dan meluahkan perasaannya melalui platform tersebut.

“Kami rindukan kamu Ash, kami bercakap tentang kamu setiap hari, kami mendoakan kamu setiap hari.”, tulisnya.

Dibawah foto tersebut juga Yuna sempat meminta pengikutnya untuk terus mendoakan abang iparnya Ashraf Sinclair yang sudah 30 hari meninggalkan mereka.

Semoga roh allahyarham Ashraf Sinclair tenang dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..

 

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *