Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

4 bahagian Pemuda Umno dipercayai dilarang undi jawatan tertinggi

today18 March 2023

Background


Maklumat itu disiarkan Facebook Rafi Awg Kechik, salah seorang calon ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Ahli Umno akan memilih tiga naib presiden dan 25 ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

PETALING JAYA: Empat bahagian Pemuda Umno dipercayai tidak dibenarkan mengundi dalam pemilihan parti itu hari ini.

Menurut dua surat yang dimuat naik seorang calon ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), empat bahagian terlibat adalah Ampang, Wangsa Maju, Jempol dan Titiwangsa.

FMT cuba mendapatkan komen sayap Pemuda Umno, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Ketua Penerangannya, Isham Jalil.

Surat itu yang disiarkan di Facebook Rafi Awg Kechik berkata, Pemuda Umno Bahagian Ampang dan Wangsa Maju tidak dibenarkan menghadiri pemilihan pada Sabtu.

Seramai 10 wakil Pemuda Umno dari setiap bahagian itu juga tidak dibenarkan menghadiri pemilihan itu, selepas Jawatankuasa Rayuan Pemilihan Umno menerima bantahan dan aduan berhubung mesyuarat perwakilan bahagian itu.

Dalam satu lagi surat berasingan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post