Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

40k Pengunjung, Hot FM Big Jam 2019 Masih Hangat, Masih Menyengat!

today1 April 2019

Background

Sabtu 30 Mac lalu telah berlangsungnya Festival Muzik tanpa henti, Hot FM Big Jam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Festival ini merupakan kerjasama antara Hot FM,Malaysia Riders 2019 dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA).

Meskipun konsert ini kali terakhir dianjurkan Hot FM tujuh tahun lalu, ternyata jenama acara berkenaan masih menyengat apabila lebih 40 ribu pendengar setia Hot FM telah hadir mengegarkanΒ Hot FM Big Jam!

Apa yang ‘lit’ mengenai Hot FM Big Jam pada kali ini?

Hot FM Big Jam menampilkan seramai 23 barisan artis popular seperti Dayang Nurfaezah, Ayda Jebat, Hael Husaini, Neon dan ramai lagi bermula jamΒ 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Lebih meriah, para peminat boleh berjumpa dan beramah mesra secara dekat dengan barisan penyampai baru dan lama kesayangan mereka seperti Shuk, Shuib, Fizie, El, Deen, Haziq, Zetty.

https://www.instagram.com/p/Bvp8BzbBXyr/

Untuk pengetahuan, konsert bahagian pertama bermula pada jam 4 petang dengan kemunculan artis muda berbakat antaranya Wany Hasrita, Syamel, Xpose, Aiman Tino, One Avenue Band, Nabila Razali, Ippo Hafiz serta Caliph Buskers.

Manakala bagi konsert bahagian kedua pula bermula seawal jam 7.45 malam menggabungkan barisan artis muda dan senior seperti Hujan, Haqiem Rusli, Hazama dan The Penglipur Lara, Siti Sarah, Neon, Ayda Jebat, Masdo, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari dan Faizal Tahir.

https://www.instagram.com/p/BvolsOvh448/

https://www.instagram.com/p/BvofMKyhRly/

https://www.instagram.com/p/Bvos5HBBoD7/

https://www.instagram.com/p/BvoprXWhgaB/

Memang happening habis! Jangan lupa check out You Tube Hot FM untuk tengok banyak lagi video-video menarik sepanjang KonsertΒ Hot FM Big Jam.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *