Connect with us

Viral

5 Perkara Tentang Pencipta Animasi Tom & Jerry Yang Mungkin Ada Tidak Tahu

Rest In Peace..

Published

on

Masih ingatkah lagi dengan watak Tom & Jerry serta Popeye The Sailor Man siri animasi popular pada era 90-an? Bagaimanapun, dimaklumkan bahawa orang kuat disebalik kartun tersebut iaitu mendiang Gene Deitch atau nama sebenarnya Eugene Merril Deitch telah meninggal dunia pada 16 April 2020.

Mendiang dilaporkan meninggal di kediamannya di Prague, namun punca kematiannya masih belum dapat dikenal pasti.

Pemergian beliau begitu terkesan terutamanya bagi mereka yang membesar dengan animasi tersebut. Berikut adalah 5 fakta tentang beliau yang mungkin anda semua tidak tahu:-

1. Pernah Menceburkan Diri Dalam Industri Penerbangan

Setelah menamatkan pengajian, Deitch mula bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan di Amerika bagi melukis rancangan pesawat. Pada tahun 1943, dia telah diaturkan untuk menjalani latihan juruterbang sebelum terkena radang paru-paru dan diberhentikan secara baik.

2. Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Gene Deitch Meninggal dunia Instagram

Gene Deitch yang dilahirkan pada 8 Ogos 1924 di Chicago telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 April 2020 di Prague iaitu pada usia 95 tahun. Kematiannya disahkan oleh Petr Himmel selain memaklumkan kematian beliau adalah tidak diduga.

3. Memperoleh Penghargaan Daripada Academy Award

Gene Deitch Meninggal dunia Instagram

Pada tahun 2004 Gene Deitch telah menerima penghargaan dari Winsor McCay dalam sumbangannya dalama bidang animasi. Bukan itu sahaja, filem Munro karya mendiang juga berjaya mendapatkan penghargaan daripada Academy Award sebagai Filem Pendek Animasi Terbaik pada tahun 1960.

4. Pernah Merangkul Anugerah Oscar

Sebelum meninggal, Gene Deitch pernah mendapatkan Piala Oscar menerusi karya filemnya yang berjudul Munro. Gene Deitch juga pernah terlibat dalam pembikinan Sidney’s Family Tree yang pernah dicalonkan dalam Piala Oscar tahun 1959.

5. Meninggalkan Seorang Balu dan 3 Orang Anak

Gene Deitch Meninggal dunia Instagram

Gene Deitch meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak daripada perkahwinan pertamanya. Ketiga-tiga anak Gene Deitch mengikuti jejak bapanya iaitu sebagai karikatur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.