Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 ditahan berkait kekecohan antara penyokong NSFC, JDT

today3 November 2024

Background


Berlaku kekecohan antara penyokong NSFC dan JDT selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan Jumaat lepas. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Polis menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Seremban Mohd Rosli Ishak berkata, tiga suspek berusia antara 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi berusia 18 dan 20 tahun ditahan semalam.

“Kelima-lima lelaki itu dipercayai penyokong NSFC dan polis turut mengenal pasti beberapa individu lain disyaki terlibat dalam insiden tersebut dan sedang berusaha mengesan serta menangkap individu yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Rosli berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 148 atau Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post