Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

5 Selebriti Lelaki Ini Kini Sedang Sibuk ‘Bina Badan’

today11 August 2019

Background

Sekarang ni ramai yang complaint baik lelaki mahupun perempuan, biasa kita dengar masalah badan gemuk, perut boroi, lemak berlebihan dan macam-macam lagi.

Yang sudah bertindak dan mulakan bersukan tu bagus, tapi yang belum tu.. semoga anda kuat ya!

Tapi bukan kita manusia biasa je yang rasa macamtu, selebriti-selebriti pun tak ketinggalan ye.

Ada yang sejak dari dahulu lagi sedang sibuk dengan aktiviti bina badan dan ada juga yang baru sahaja mula berjinak-jinak dengan melengkapkan rutin ke gymnasium.

Jom kita usha Ayuh 5 selebriti lelaki tersebut:

  1. HAFIZ ROSHDI

Selain Hairul Azreen, rasanya begitu ramai yang dambakan tubuh badan seperti Hafidz Roshdi. Sering kali berkongsi rutinnya melakukan pelbagai aktiviti kecergasan, rata-rata peminat akui bentuk tubuh badan seperti pelakon ini adalah yang terbaik. Siapa cakap untuk memiliki tubuh badan seperti Hafidz perlu habiskan wang ke gymnasium yang popular? Pelakon ini telah buktikan hanya bersenam di rumah mahupun mana-mana kawasan ketika lapang mampu mengubah segalanya. Apa lagi alasan anda?

2. AERIL ZAFREL

Diam-diam berisi! Siapa sangka pelakon popular ini rupanya sedang berjinak-jinak bermain dengan gymnasium. Biarpun badannya sudah kelihatan ideal, Aeril Zafrel tetap luangkan masa untuk bersenam.

https://www.facebook.com/hangatmalaysia/videos/329278511349410/

Adakah Aeril ingin menaikkan berat badannya, untuk kelihatan lebih fit atau bakal terikat dengan komitmen penggambaran akan datang? Terima kasih kepada jurulatih pelakon ini yang juga pengamal media sosial terkenal, Ammar Akid yang berkongsi rutin Aeril. Goodluck!

3.  SAHARUL RIDZWAN

Mengejutkan! Itulah luahan rata-rata peminat apabila Saharul Ridzwan berkongsi gambar terkininya baru-baru yang memperlihatkan saiz badannya yang kelihatan agak berisi berbanding sebelum ini. Akui Saharul, berat badannya sememangnya meningkat malah mencecah 90 kilogram.

Tidak berputus asa, Saharul kini back on the track dan sedang giat menurunkan berat badan. Bukan sahaja kerana ingin ideal kembali malah khabarnya Saharul bakal memegang watak penting dalam sebuah filem aksi. Nantikan!

4. FADLAN HAZIM

Dahulunya Fadlan Hazim kelihatan agak kurus! Namun sejak tahun lalu saiz tubuh badan pelakon ini semakin meningkat dan kelihatan sesuai dengannya.

Sama seperti Hafidz Roshdi yang sering berkongsi rutin senamannya di laman Instagram, khabarnya Fadlan sibuk ‘membuat badan’ bagi menjayakan filem aksi berjudul ‘Sangkar’ yang turut dilakonkan oleh Zul Ariffin.

5. SHAHEIZY SAM

OMG! Apa sudah jadi dengan Shaheizy Sam? Dahulunya kekar kini tidak keterlaluan jika kami katakan Sam sudah buncit. Menurut Sam, selera makannya sejak kebelakangan ini sering kali meningkat sehingga membuatkan badannya juga berubah saiz.

Sering kali disindir isterinya, Syatilla Melvin, Sam akhirnya akur untuk kembali bersenam bagi mendapatkan kembali tubuh badan ideal nya malah turut memberi petunjuk di laman Instagram nya. Ayuh kita lihat transformasi Sam kelak!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *