Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

5 Tahun Jadi Pelakon, Tak Pernah Terpalit Kontroversi Besar – Siti Khadijah

today21 October 2024

Background

Pelakon, Siti Khadijah tidak menyangka namanya kini semakin dikenali selepas lima tahun berkecimpung dalam industri seni.

Ketika ditemui XTRA, Siti berkata sepanjang menjadi aktres dia tidak memilih untuk tidak mempunyai sebarang kontroversi dan hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya.

“Saya tak perasan pun dah lima tahun jadi pelakon. Tak sedar pun nama saya melonjak naik atau apa. Kerja saya hanya berlakon, tak ada kontroversi dan media pun bosan sikit bila temubual saya.

“Yang baik bolehlah contohi saya, yang buruk itu janganlah ikut. Saya rasa pilihan masing-masing, kalau mereka nak ambil jalan pintas atau jalan panjang itu terpulang.

“Tapi dalam industri saya nak berbaik dengan semua orang dan tidak mahu calarkan nama sesiapa,” katanya.

Siti Khadijah

Siti berkata demikian ketika ditemui di sidang media siri Viu Original From Saga With Love musim kedua yang sudah bersiaran pada 17 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Siti turut mendedahkan dirinya seorang yang membosankan serta kurang menonjol daripada rakan seperjuangannya yang lain.

“Saya rasa sebab saya berlakon dengan kawan-kawan yang lagi popular, lagi bagus daripada saya, buatkan saya selalu jadi yang terakhir.

“Maksudnya media akan temubual artis-artis besar lain dan kemudian barulah saya. Tapi saya faham dan tak pernah terasa. Lagipun saya sememangnya faham mesti orang tak tahu nak tanya apa kat saya,” ujarnya.

Sebelum ini, aktres drama rantaian popular Wanita Syurga ini mahu menjaga kesucian nama ‘Siti Khadijah’ iaitu sama seperti isteri Baginda Rasulullah SAW.

Artikel Berkaitan: Tepis Kontroversi Demi Jaga Kesucian Nama Siti Khadijah – “Sebenarnya Berat, Tapi Saya Suka & Tak Pernah Malu…”

Written by: Aqilah


Previous post