Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

5 Tahun Raya Berdua, Tahun Ke-6 Raya Berlima

today17 June 2019

Background

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap hidup.

Namun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk memiliki zuriat mereka sendiri.

Image result for baby hands

Meskipun sukar untuk menghadapi ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Tapi kita sebagai manusia haruslah tidak mudah mengalah dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.

Seperti yang berlaku kepada pasangan, Raihana Kadir dan suaminya, Muhammad Hafiz yang tidak pernah dalam usaha untuk memiliki cahaya mata sendiri.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Raihana meluahkan rasa kesyukurannya dikurniakan tiga cahaya mata kembar setelah lama menanti, iaitu sejak berkahwin pada tahun 2014.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2538518709516258&set=a.524818614219621&type=1&theater

 

Aidilfitri pada tahun ini ternyata lebih bermakna buat pasangan suami isteri ini lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak-anak mereka yang diberi nama Huda, Harras dan Haris.

 

Image result for raya berlima

 

Rata-rata netizen turut berasa teruja, malah terdapat juga sahabat handai yang memohon doa orang ramai agar mereka juga boleh sama merasai apa yang dirasai pasangan ini.

Semoga artikel kali ini dapat memberi inspirasi buat pasangan diluar sana yang belum berpeluang memiliki cahaya mata supaya tidak berhenti mencuba dan tidak putus-putus doa yang baik.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *