Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

58 maut setakat empat hari Op Selamat 19

today22 January 2023

Background



Op Selamat 19 dilaksanakan 10 hari mulai Rabu lepas hingga 27 Jan ini secara serentak di seluruh negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebanyak 52 kemalangan maut membabitkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mohd Nasri Omar berkata daripada jumlah yang maut, 38 membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kereta (14), pemandu dan penumpang lori (tiga), pejalan kaki (dua) serta satu pemandu jip.

“Seramai 33 individu dilaporkan cedera parah manakala 250 lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Nasri berkata dalam pada itu,7,180 kes direkodkan yang membabitkan 9,198 kenderaan dan 9,653 saman atas enam kesalahan lalu lintas utama dikeluarkan.

Katanya kesalahan paling banyak adalah melanggar lampu isyarat iaitu 3,250 saman, memandu melebihi had laju (2,785) dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post