Korang mesti tak sabar nak saksikan kesinambungan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku yang pernah meletup pada tahun 2016 kan?
Jangan risau! Sequel drama itu bakal ditayangkan bermula 2 Julai ini.
Seperti biasa sebelum drama tersebut ditayangkan, pasti ada babak-babak lucu dan menarik dijadikan sebagai teaser bagi menarik minat dan perhatian penonton.
Terbaharu, teaser memaparkan Siti Saleha yang memegang watak sebagai Mia Adriana menyindir Mak Leha yang dilakonkan oleh Lizza Abdullah telah tular di laman Instagram.
https://www.instagram.com/p/CB5s0k8lRg-/
7 Hari Mencintaiku 2 merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Jaja Iliye, Faye Kusairi, Lizza Abdullah dan ramai lagi.
https://www.instagram.com/p/CB-Xe51hr4f/
Siri ini akan memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 mulai 2 Julai 2020 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam.
Post comments (0)