
SIBU: Kira-kira 70% projek persekutuan kini boleh dikendalikan kerajaan Sarawak tanpa merujuk kepada kerajaan persekutuan.
Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata ini selepas keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu yang membenarkan pelaksanaan mana-mana projek dengan kos bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau, projek berada dalam lingkungan kos itu merangkumi sekolah, klinik, balai bomba dan projek luar bandar lain dapat dijalankan oleh JKR negeri Sarawak.
Keputusan itu katanya amat bermakna kepada Sarawak dalam usaha mempercepatkan pembangunan terutama di kawasan luar bandar.
“Inilah kedudukannya apabila kita dapat bersama membentuk kerajaan dan suara kita didengar dan yang penting GPS (Gabungan Parti Sarawak) itu…