Dalam serbuan itu polis turut menahan seorang remaja berusia 17 tahun.

PETALING JAYA: Polis menyerbu sebuah premis di Brickfields semalam kerana disyaki menjadi markas operasi penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan menahan 77 suspek termasuk seorang remaja berusia 17 tahun.
Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dijalankan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati adanya unsur penipuan pelaburan Forex dalam talian dengan menggunakan laman sesawang.
“Tangkapan keseluruhan adalah 77 orang terdiri daripada 38 lelaki, 28 wanita tempatan dan lima lelaki serta enam wanita warga asing,” katanya dalam satu kenyataan.
Amihizam berkata siasatan awal mendapati sindiket terbabit menyasarkan mangsa terdiri pelabur dari dalam dan luar negara.
Katanya,…