Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

77 ditahan, ‘markas’ penipuan pelaburan Forex diserbu

today23 June 2023

Background


Dalam serbuan itu polis turut menahan seorang remaja berusia 17 tahun.

Antara suspek yang ditahan polis di sebuah premis yang disyaki dijadikan markas operasi sindiket penipuan pelaburan Forex di Kuala Lumpur semalam. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis menyerbu sebuah premis di Brickfields semalam kerana disyaki menjadi markas operasi penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan menahan 77 suspek termasuk seorang remaja berusia 17 tahun.

Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dijalankan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati adanya unsur penipuan pelaburan Forex dalam talian dengan menggunakan laman sesawang.

“Tangkapan keseluruhan adalah 77 orang terdiri daripada 38 lelaki, 28 wanita tempatan dan lima lelaki serta enam wanita warga asing,” katanya dalam satu kenyataan.

Amihizam berkata siasatan awal mendapati sindiket terbabit menyasarkan mangsa terdiri pelabur dari dalam dan luar negara.

Katanya,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post