Kurang dari 10 hari lagi, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62 yang jatuh pada 31 Ogos 2019 (Sabtu)
Sambutan akan jadi lebih meriah sekiranya rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama bersatu padu dalam mengekalkan keamanan.
Bagi mengeratkan lagi hubungan perpaduan, ada beberapa lagu yang anda dan rakan-rakan boleh nyanyi bersama untuk membakar semangat selain menyuntik semangat patriotisme dalam diri sendiri.
- ‘Fikirkan Boleh’ oleh Metropolitan
Lagu ini biasanya dimainkan ketika atlet-atlet Malaysia yang sedang bertarung terutamanya bagi sukan-sukan yang besar untuk menyuntik semangat mereka supaya dapat mengharumkan nama Malaysia dimata dunia. Mesti ramai yang hafal dan boleh nyanyi bersama kan?
2. ‘Gemuruh’ oleh Faizal Tahir
Personaliti TV dan penerbit, Ally Iskandar berkata, “Ia adalah lagu pembakar semangat kegemaran saya sepanjang masa. Ada sesuatu yang istimewa tentang lirik ‘dari puncak menuju ke angkasa’. Itu adalah maksud kejayaan yang sebenar.
3. ‘Gemilang’ oleh Jaclyn Victor
Anda boleh bayangkan tak turunnya confetti semasa Jaclyn Victor menyanyi bahagian bernada tinggi lagu yang menyemarakkan semangat ini.
4. ‘Standing In The Eyes Of The World’ oleh Ella
Hampir selepas 20 tahun, ‘Standing In The Eyes’ masih berupaya meremangkan bulu roma segenap rakyat Malaysia setiap kali ia dimainkan.
5. ‘Negaraku’ oleh Joe Flizzow, SonaOne, Altimet & Faizal Tahir
Diterbitkan pada 2016, kolaborasi antara tiga rapper berbakat, Joe Flizzow, SonaOne, Altimet, serta Faizal Tahir, sememangnya menjadikan lagu ini sebagai pembakar semangat yang sejati.
Post comments (0)