Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

9 polis ditahan peras ugut ahli perniagaan

today30 July 2022

Background



Tindakan susulan terhadap semua anggota terbabit juga akan dilakukan Bukit Aman.

KUALA LUMPUR: Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata semua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata, penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lepas.

β€œSiasatan dijalankan bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata, tindakan susulan terhadap semua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman.

Katanya, semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post