Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki rakam bawah paha wanita warga asing dicekup

today30 July 2022

Background



Polis berkata pemeriksaan ke atas telefon bimbit lelaki itu menemukan pelbagai lagi video rakaman sulit tidak senonoh melibatkan beberapa wanita lain.

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang lelaki merakam video bahagian bawah paha seorang wanita warga asing di sebuah pusat beli-belah mengundang padah, apabila dia diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut di kaunter bayaran pasar raya pada jam 10.14 malam, semalam.

β€œWanita warga asing berusia 24 tahun itu telah diberitahu saksi awam bahawa lelaki terbabit merakam video secara sulit di bahagian bawah pahanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Setia Indah untuk tindakan lanjut.

Raub berkata hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit lelaki…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post