Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

9 tak dapat undi, dakwa kad pengenalan diguna individu lain di Kedah

today19 November 2022

Background



Polis sudah membuka kertas siasatan dengan membuat semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis Kedah menerima sembilan laporan daripada individu mendakwa gagal mengundi, hari ini, kerana kad pengenalan mereka telah digunakan individu lain.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dua laporan polis dibuat di Sungai Petani, dua di Baling, dua di Kubang Pasu dan masing-masing satu di Alor Setar, Yan serta Kulim.

β€œSetakat ini kita mendapati ada sembilan individu yang pergi mengundi namun mendapati kad pengenalan telah digunakan oleh orang lain.

β€œDalam sembilan kes ini kita sedang membuat semakan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kertas siasatan akan dibuka,” lapor Sinar Harian.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post