Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis panggil Wan Azizah ke Bukit Aman petang ini

today28 January 2022

Background



Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy Thomas dalam bukunya mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara pada 23 Dis lepas.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 3 petang ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan ke atas buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulis bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

“Ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Dis lepas.

Pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat siasatan awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post