
PETALING JAYA: Gabungan tiga parti Melayu terbesar – Bersatu, PAS dan Umno mampu menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan selesa jika penubuhan Muafakat Nasional (MN) menjadi realiti, kata Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, presiden Bersatu itu berkata penubuhan MN pada masa ini seolah-olah kabur kerana penolakan Umno meskipun jemputan menyertai gabungan berkenaan dibuat Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Dedah Muhyiddin, ketika beliau menjadi perdana menteri pada 2020 susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), ada pemimpin tertinggi PAS dan Umno bertemu dengannya untuk mencadangkan penyertaan Bersatu ke dalam MN yang disusuli surat jemputan ditandatangani Zahid serta Hadi.
“Jawapan saya dihantar ke pejabat Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menyatakan kita…