
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S Gobi Krishnan sebagai ahli Lembaga Pelesenan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), berkuat kuasa 4 Ogos.
Shahidan berkata, kementerian telah membuat carian kebankrapan individu menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia pada 3 Ogos dan keputusan diterima mengesahkan Gobi Krishnan berstatus bankrap, mulai 7 Jan 2021.
“Berdasarkan semakan undang-undang yang dibuat oleh kementerian ini, didapati walaupun telah berstatus bankrap, pelantikan beliau bagi tempoh 20 Jul 2021 hingga 3 Ogos 2022 adalah teratur serta tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan.
“Akta Eksais 1976 (Akta 176) tidak memperuntukkan bahawa seseorang yang bankrap tidak boleh dilantik menjadi Ahli Lembaga Pelesenan. Akta itu juga tidak memperuntukkan bahawa jawatan itu secara automatiknya menjadi…