Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Senarai hitam kelab komedi keterlaluan, kata peguam

today19 August 2022

Background



Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam daripada mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur seumur hidup, walaupun menggunakan nama dan syarikat berbeza. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang peguam mengkritik keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disifatkannya “keterlaluan” dalam menyenaraihitamkan pemilik Crackhouse Comedy Club seumur hidup susulan kontroversi persembahan seorang wanita.

Bastian Pius Vendargon berkata, hukuman itu nampak melampau, melainkan DBKL mempunyai alasan lain untuk berbuat demikian yang tidak diketahui umum.

“Tidak kiralah betapa tidak sesuai sekalipun persembahan komedi tetamu itu, menghukum kelab dan pemiliknya dengan cara ini nampak seperti reaksi melampau,” katanya kepada FMT.

Keputusan senarai hitam itu menyusul tindakan DBKL menggantung sementara operasi kelab komedi itu awal bulan lalu, susulan klip video tular memaparkan seorang wanita menanggalkan pakaian menutup aurat ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Reshna Reem Ganesan


Previous post