
PETALING JAYA: Laporan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) mendedahkan “kesilapan manusia” mengakibatkan kontrak reka bentuk yang mahal dianugerahkan kepada syarikat DCNS sebagai sub-kontraktor dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dikatakan bermasalah.
Merujuk kepada “kesilapan manusia” terbabit sebagai “siri kesilapan tidak masuk akal”, laporan audit forensik yang dinyahklasifikasikan itu menyatakan, antara kesilapan dilakukan termasuk pelantikan Anuar Murad sebagai pengarah LCS.
Laporan itu mendapati, Anuar sebagai pemegang jawatan berkenaan tidak mempunyai kepakaran yang cukup dalam mereka bentuk kapal perang, kos berkaitan dan risikonya.
Ini telah menyumbang kepada kontrak awal yang “lemah dan tidak jelas” diberikan kepada DCNS untuk reka bentuk, kejuruteraan dan sokongan projek LCS.
“Rundingan kontrak reka…