
PETALING JAYA: PAS yang dipimpin Abdul Hadi Awang ketika ini berbeza dengan pendekatan yang dibawa bekas pemimpin parti itu Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Fadzil Mohd Noor.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata demikian susulan dakwaan Hadi yang menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana kalangan pemimpin gabungan itu “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.
Hadi turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka”
“Ustaz Hadi cakap tak beriman.. Oh saya dan Mat Sabu (Mohamad Sabu) tak beriman, pulak dah.
“Ustaz Hadi, Ustaz Hadi, saya tak nak cakap lebih-lebih, dulu dah kafir mengkafir dah, dah dua masjid, dah dua imam.
“Tapi memadai saya kata, saya maklum Almarhum Nik Aziz Nik Mat, Fadzil Noor berbeza pandangan mereka,” katanya dalam ceramah PH di Kuala…