
PETALING JAYA: Warisan sesekali tidak akan berganjak dan bersedia untuk bertembung dengan Muda selepas parti itu melebarkan sayap di Semporna, Julai lalu.
Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan tidak mempunyai masalah untuk berdepan parti lawan mahupun kawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Kita (Warisan) tidak boleh menghalang mereka (Muda) ke mana-mana yang mereka nak (mahu) kan…yang tu kehendak parti mereka, kebebasan mereka dalam negara kita,” katanya menerusi video di Astro Awani.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu meluahkan kebimbangan dengan kemunculan pelbagai parti yang bukan sahaja atas landasan umur tetapi bangsa dan agama.
Beliau turut memberi contoh beberapa negara barat serta Jepun, Singapura dan Indonesia yang mana parti ditubuhkan bukan atas landasan kaum, agama, umur…