PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan peruntukan berjumlah RM372.3 bilion untuk Bajet 2023.
Jumlah itu meningkat RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022.
Sebanyak RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5 bilion bagi Kumpulan Wang Covid-19.
Berikut butiran daripada Bajet 2023:
Pendidikan
- Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar, iaitu sebanyak RM55.6 bilion.
- Semua pelajar akan menerima bantuan pendidikan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
- RM825 juta diperuntukkan untuk bantuan pelajar.
- RM777 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 800,000 pelajar dan 7,300 pengusaha kantin.
- Kadar makanan bermasak RMT dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa mulai bulan ini.
- RM2.3 bilion…