
JOHOR BAHRU: Perhimpunan pra-Deepavali Pakatan Harapan (PH) dianjurkan DAP hari ini dilihat gagal mendapat sambutan walaupun penceramahnya bersemangat melaungkan pelbagai dakwaan.
Program itu berlangsung 2 petang, lewat 40 minit yang menunjukkan tanda awal pengundi kurang bersemangat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PH mengecam pembubaran Parlimen pada 10 Okt lalu dengan alasan kerajaan tidak mengendahkan keselamatan rakyat dan tidak mengambil kira musim tengkujuh yang semakin hampir.
Di sebalik putar belitnya, PH mengerah tenaganya berkempen untuk pilihan raya, tetapi sama ada rakyat akan termakan dengan naratif dimainkan mereka sukar dipastikan kerana isu seperti 1MDB tidak lagi sehangat dulu.
Sebanyak 200 kerusi disediakan di Dewan Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor namun apabila perhimpunan itu bermula, hanya 50 orang hadir
Walaupun jumlahnya semakin bertambah…