
PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi mengakui kekurangan bekalan telur ketika ini berpunca daripada tindakan pengeluar mengeksport ke luar negara.
Beliau yang mendedahkan perkara itu selepas melawat beberapa pasar raya di Batu Caves hari ini berkata, pemilik pasar raya turut mengadu bekalan telur sukar diperolehi.
“Antaranya, tindakan pengeluar yang mengeksport telur gred kawalan, iaitu gred A, B dan C ke luar negara. Tindakan ini menyebabkan bekalan telur domestik berkurangan,” katanya dalam catatan di Facebook.
“Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, menyediakan dan menaikkan subsidi kepada penternak daripada tiga sen sebiji kepada lapan sen sebiji disebabkan kos pengeluaran meningkat, yang memberi kesan kepada pengeluaran telur gred A, B dan C.”
Beliau…