Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Mona Allen Tinggalkan Komen Di Foto Aaisyah, Nak Cop Anak Che Ta Jadi Menantu?

today2 November 2022

Background

Anak kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan tidak asing lagi sering mencuri perhatian ramai yang ‘cair’ melihat kecantikkannya terserlah di usia muda.

Diberi nama Aaisyah Dhia Rana, 8, puteri sulung Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta ini gemar bersiap dan menghias diri dengan menggunakan alat solek.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Che Ta berkongsi video Aaisyah yang nampak seperti tiada mood namun tetap dibanjiri komen pujian daripada netizen.

“Jangan swipe… Please like @aaisyahdhiarana111,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Menjengah ke ruangan komen, pelakon Mona Allen sempat berseloroh dengan berkata mahu ‘menjodohkan’ Aasiyah untuk putera sulungnya, Petra.

“Nak cop buat menantu la untuk Petra,” tulisnya di ruangan komen.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon aktor Pekin Ibrahim itu difahamkan hanya bergurau sahaja.

Untuk rekod, Mona berkahwin dengan Pekin pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 31 Ogos lalu.

Written by: Aqilah


Previous post