
KUALA LUMPUR: Umno menyokong Barisan Nasional mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional.
Keputusan dibuat selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan.
Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH, dan dengan gabungan PN semalam.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Ahmad Maslan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi, yang berlangsung lebih empat jam di Menara Dato Onn.
“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.
Keputusan untuk menyokong kerajaan yang bukan diterajui PN itu “bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan…