
PETALING JAYA: Seorang wanita dihukum penjara sehari dan denda RM7,000 selepas mengaku bersalah mencuri seutas gelang tangan emas bernilai RM15,000 di sebuah kedai emas di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata wanita berusia 22 tahun itu ditangkap pada 16 Dis lalu di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor.
Katanya, wanita itu bersama teman lelakinya yang masih bebas pergi ke sebuah kedai emas di Port Dickson pada 7 Dis lalu dan berpura-pura mahu membeli gelang tangan emas.
“Secara tiba-tiba suspek terus melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, susulan laporan dibuat pekerja kedai emas itu, polis berjaya mengesan suspek dan menahan wanita berkenaan di sebuah pangsapuri di Rawang manakala teman lelakinya masih…