Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Esok nasib Zuraida di PBM ditentukan

today25 December 2022

Background



Zuraida Kamaruddin hari ini menyifatkan Presiden PBM, Larry Sng, “tidak matang” dan “angkuh” dalam menguruskan parti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menentukan nasib Zuraida Kamaruddin dan 10 ahli yang digantung keanggotan majlis tertinggi esok.

Sumber dalam PBM berkata keahlian Zuraida dan 10 ahli yang digantung pada Oktober itu akan ditentukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Perkembangan ini menyusuli surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada mereka pada Isnin, memaklumkan sebab penggantungan dan meminta jawapan balas dalam tempoh satu minggu.

“Saya difahamkan setakat semalam, tiada seorang pun yang jawab surat tunjuk sebab itu.

“Kalau mereka tidak jawab surat itu malam ini, secara teknikalnya, mereka boleh dibuang esok,” kata sumber itu.

Sumber itu juga memberitahu satu kenyataan berhubung perkara ini akan diterbitkan jawatankuasa disiplin parti.

Terdahulu, Zuraida menyifatkan presidennya, Larry…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post