
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak, Kelantan dan Sarawak semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berkurangan berbanding petang tadi.
Di Sabah dan Terengganu pula, jumlah mangsa yang berlindung di PPS tidak berubah berbanding angka yang dicatat pada sebelah petang.
Di Perak, bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 42 orang membabitkan lapan keluarga setakat 9 malam berbanding 50 daripada 10 keluarga di daerah Hilir Perak pada 4 petang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melalui satu kenyataan memaklumkan semua penduduk Kampung Batu 7 1/2 Lorong Mesra dan Kampung Batu 7, Changkat Jong itu ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART).
Di Kelantan, sebuah PPS di…