Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mayat dikerat 6 dalam bagasi adalah warga asing, kata polis

today18 January 2023

Background



Polis berkata berdasarkan bedah siasat dijalankan hari ini lelaki itu mengalami pelbagai kecederaan akibat senjata tajam.

PETALING JAYA: Polis mengesahkan mayat dikerat sebelum anggota badan disumbat dalam bagasi yang ditemui di Kilometer 447 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), kelmarin adalah lelaki warga asing.

Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan seorang saksi pada 4.30 petang semalam, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.

“Setakat ini hanya seorang saksi sudah dirakam percakapan berkaitan kes ini.

“Bedah siasat ke atas mayat sudah dilakukan di Hospital Sungai Buloh (HSB) hari ini dan mendapati punca kematiannya disebabkan pelbagai kecederaan akibat senjata tajam,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti identiti sebenar mangsa.

Terdahulu media melaporkan, penemuan mayat dikerat enam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters