Menteri besar Kedah itu berkata usul itu tidak ada kaitan dengan sesiapa.

ALOR SETAR: Sanusi Md Nor mentertawakan usul DUN Pulau Pinang untuk mengecamnya berhubung dakwaan negeri itu milik Kedah.
Menteri besar Kedah itu berkata usul itu tidak ada kaitan dengan sesiapa termasuk dirinya.
“Kalau dia (Lim Guan Eng) dengan sejarah Pulau Pinang versi dia yang dinafikan sebagai sebahagian daripada Kedah, dia tak perlu melompat pun, apa lagi sampai perlu bawa usul dalam DUN,” katanya kepada FMT.
Lim, bekas ketua menteri, membentangkan usul itu semalam.
“Sejarah tidak boleh dipadam dan ditulis ikut suka hati,” kata Sanusi lagi.
Lim membentangkan usul untuk mengecam Sanusi kerana berulang kali mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang dan secara tidak langsung mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri anggota…