Abdul Razak Ismail mahu kerajaan negeri mendedahkan sama ada projek itu diberikan melalui tender terbuka.

PETALING JAYA: Seorang aktivis dan bekas ahli kumpulan pro-Anwar Ibrahim menulis surat kepada kerajaan Selangor untuk mendapatkan butiran projek pelebaran sungai bernilai RM700 juta yang dikenali sebagai Gerbang Maritim Selangor.
Setiausaha Agung Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail berkata, beliau mengemukakan permintaan itu di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (Selangor) Khamis lalu.
Beliau mahu kerajaan negeri mendedahkan sama ada projek itu diberikan melalui tender terbuka serta terma rujukannya, antara lain.
Beliau juga ingin tahu apakah elaun atau faedah diterima Menteri Besar, Amirudin Shari dan Exco Selangor, Izham Hashim sebagai ahli lembaga pengarah Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), anak…