Nama suspek itu yang merupakan ahli perniagaan, dibocorkan susulan penahanan ‘Datuk Roy’.

PETALING JAYA: Anak seorang pemimpin politik dikatakan dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika agensi antirasuah itu memperluaskan siasatannya ke atas program Jana Wibawa.
Sumber berkata, penahanan “Datuk Roy” – dipercayai dalang kes rasuah dikaitkan dengan program itu – mendedahkan anak ahli politik itu, yang juga ahli perniagaan, turut disiasat.
Katanya, nama ahli perniagaan itu “dibocorkan” selepas “Datuk Roy” mendapat senarai nama dikaitkan dengan program itu daripada seorang kenalan SPRM, yang dikatakan pegawai kanan.
“Datuk Roy ini kemudian menghubungi individu dalam senarai itu, menawarkan bantuan bagi mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka, sebagai balasan untuk bayaran lumayan,” sumber itu memberitahu…