Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nuha Bahrin Hanya Anggap Naufal Azrin Sekadar Abang Biarpun Sering Dijodohkan Peminat

today5 April 2023

Background

Penyanyi Nuha Bahrin hanya menganggap rakan duetnya, Naufal Azrin seperti abang sendiri sahaja.

Walaupun ada peminat gemar melihat pasangan duet lagu popular Casablanca ini bersama dan mengharapkan hubungan mereka bukan hanya sekadar kawan, namun Nuha tetap dengan pendiriannya yang menganggap Naufal sebagai abang.

Menurut Nuha, dia sudah lama solo dan kenyataan itu disokong oleh Naufal juga.

Mengulas berkenaan dengan peminat yang mahu mereka berdua menjalinkan hubungan cinta, Nuha menepis spekulasi tersebut.

“Ada je peminat yang mahu kami berdua bercinta tapi saya bersyukur sebab mereka yang menyokong kami sehingga ke tahap ini.

“Tetapi saya minta maaf sebab terpaksa kecewakan peminat semua, kami macam adik beradik je,” jelas Nuha.

Ulas Nuha, mereka berdua tidak memikirkan tentang perkara tersebut dan dia mempunyai banyak perkara lagi yang perlu dilakukan selain memikirkan tentang cinta.

“Fokus kami bukanlah ke arah love life ini. Kami baru je nak berjinak-jinak dalam industri ini, so untuk lovey dovey, saya tak rasa itu merupakan priority,

“Saya rasa kalau kami tidak mempunyai hubungan yang akrab sebagai rakan baik, kami takkan mempunyai chemistry untuk menyanyikan sebuah lagu cinta bersama.

“Kalau kami berdua bercinta dan mempunyai perasaan itu, sukar untuk kami membawakan lagu tersebut,” kata Nuha lagi.

Naufal juga menyokong kenyataan Nuha dan juga menganggap Nuha sebagai adik sahaja dan Nuha tidak mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Written by: Salma


Previous post

Story

‘Jangan takut jumpa orang pekak, kami bukan pelik’ – Iskandar

BAGI individu normal, melihat orang kelainan upaya (OKU) melakukan rutin harian biasa seperti bekerja atau berkomunikasi saja pun mungkin sudah nampak sukar. Namun, bagi golongan itu sendiri, kekurangan pada diri mereka langsung tidak membebankan sebaliknya menjadi titik tolak untuk mereka terus bangkit mencipta kejayaan.  Tidak lokek berkongsi mengenai kisah hidupnya membesar sebagai OKU pekak, Iskandar Mohamad Sazali, 21, berkata, dia sebenarnya dilahirkan normal seperti bayi biasa.  Bagaimanapun, ketika berusia sembilan […]

today5 April 2023