Pengerusi BN itu juga enggan ‘memandang ringan’ peluang PN di Selangor dan Negeri Sembilan.

KUALA LIPIS: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian “tidak tergopoh-gopoh” dalam pembahagian kerusi untuk enam pilihan raya negeri (PRN) nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Beliau yang juga pengerusi BN, berkata pendekatan itu juga diambil bagi mengelakkan pertembungan atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul, jika calon dipilih tidak dapat memberikan kemenangan pada pilihan raya nanti.
Selain itu, katanya rundingan pembahagian kerusi antara parti dalam kerajaan perpaduan juga melibatkan “prosedur” iaitu perbincangan antara BN dan PH di peringkat negeri, sebelum ke peringkat nasional untuk dimuktamadkan.
“Soal yang kami utamakan ialah bagaimana pembahagian kerusi itu bukan sahaja dibuat atas rasa…