Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak Armizan Mohd Ali berkata ia bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat.

PAPAR: Kerajaan Sabah perlu membuat keputusan tegas dan holistik dalam menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu yang dilihat kritikal sejak kebelakangan ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata, ini termasuk mengambil langkah membina empangan baharu bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat.
Katanya, sebagai Ahli Parlimen Papar beliau akan memberi sokongan penuh sekiranya kerajaan negeri membuat keputusan membina empangan baharu di Papar.
“Kita terlalu membiarkan isu ini berlarutan sehingga menjadi kritikal dan sekiranya tidak diambil langkah penyelesaian maka ia akan menjadi krisis kepada Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis…