Kediaman berharga RM500,000 ke atas itu terletak di Johor Bahru dan Iskandar Puteri menarik minat pembeli dari Singapura.

JOHOR BAHRU: Sebanyak 11,512 unit pangsapuri perkhidmatan berharga RM500,000 ke atas sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri tidak terjual, kata Exco Perumahan Johor, Mohd Jafni Md Shukor.
Bagaimanapun, beliau berkata pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing khususnya Singapura susulan harga rumah di republik tersebut dilaporkan sebagai paling mahal di Asia Pasifik tahun ini.
“Pembeli hartanah tempatan tidak perlu khuatir kerana dasar perumahan rakyat Johor telah menetapkan hanya hartanah bernilai RM1 juta ke atas ditawarkan kepada warga asing termasuk dari Singapura,” katanya kepada pemberita selepas…