Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Didakwa Usap Baby Bump Perut Isteri, Ini Penjelasan Beto Kusyairy

today24 July 2023

Background

Aktor filem popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35), Beto Kusyairy tampil menjelaskan berkenaan dakwaan tindakan  mengusap ‘baby’ bump’ isterinya, Tisha Shahar sebelum naik ke pentas untuk menerima trofi seperti yang tular di TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Beto memaklumkan, isterinya masih belum berbadan dua seperti yang didakwa segelintir netizen.

@tv3malaysia ? ????? ????? ??????? ? Memang sopan santun anak melayu lah, sesuai dengan lagu Lemak Manis ya abe Beto Kusyairy ❤️ ▶️ Strim #ABPBH35 secara HD di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton dan juga boleh saksikan di TV3 SEKARANG! #ABPBH35 #EkspresiLegasiSeni #TV3Malaysia #Tonton #FeleraSkin ♬ original sound – TV3Malaysia

@betokusyairy8 Replying to @Mayayum’s Shop Doakan yang baik-baik??? #betokusyairy #betokhusyairy #abpbh35 #fyp #fypシ #fypage #masukfyp #foryoupage ♬ rayuan perempuan gila speed up – lovvyy

 

Malah, dia dan isteri tidak menantikan cahaya mata pada ketika ini.

“Saya nak clearkan dekat sini tentang keadaan isteri saya yang kata nampak ‘baby bump’lah, pregnant lah… jawapannya tak.

” Isteri saya tidak mengandung, gambar yang diambil itu mungkin sebab angle kamera dan saya nak clear kat sini saya dan isteri tidak menantikan cahaya mata… belum ada rezeki dan kami okay. Tak ada masalah. 

Biarpun masih belum dikurniakan rezeki zuriat, Beto memberitahu dia dan isteri tidak tertekan malah gembira menjalani kehidupan berdua.

“Ia tidak menganggu kami bila belum direzekikan zuriat okay. Kami happy dan kalau rezeki alhamdulillah tapi setakat ini tak ada dan isteri saya tidak pregnant,” katanya.

@beto_kusyairyPt 1 Kamu. Iya kamu sekalian yang memperuntukkan kasih sayang kamu untuk mengundi aku.. TERIMA KASIH! ♥️ Diam tak diam ini adalah anugerah ke-9 untuk aku sepanjang lebih 20 tahun terlibat dalam industri hiburan tanahair dari belakang sehingga ke depan kamera. Syukur alhamdulillah. Namun kemasyhuran ini tidak mengubah apa2 dalam hidup aku. “Fame won’t get into my thick skull.” Tetap seperti dulu..sentiasa akan memberikan yang terbaik semampunya dalam bidang yang aku sayang ni selagi diperlukan. Ni je pun yang aku pandai. Benda lain aku tak reti. Teruskan menyokong filem anak tempatan di pawagam atau di platform yang sah supaya kami lebih bersemangat dalam mewarnai industri dengan karya yang lebih bermutu di masa depan..insyaAllah.♬ original sound – Beto_Kusyairy

 

Sebelum ini, Beto pernah berkongsi bahawa dia sedikit pun tidak pernah menyalahkan takdir dan akur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya walaupun  sudah 14 tahun dalam perkahwinan dan masih belum dikurniakan zuriat.

ARTIKEL BERKAITAN:Beto Kusyairy Reda 14 Tahun Kahwin Belum Ada Anak, Netizen Pula Sibuk Minta Kahwin Lain?

 

Written by: Salma


Previous post