
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjumpa dengannya untuk membincangkan peruntukan kepada pembangkang setakat ini.
Katanya, belum ada pertemuan atau sebarang surat rasmi daripada wakil Perikatan Nasional (PN).
“Setakat ini, pembangkang yang datang jumpa adalah Syed Saddiq saja, manakala daripada PN, sama ada ketua pembangkang atau ketua whip belum lagi.
“Berjumpa hal lain adalah, namun bukan berkait peruntukan,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas LKTN dan Anugerah Penanam Jaya Kebangsaan 2023 di Kota Bharu.
Sebelum ini, media melaporkan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka sedia berunding dengan kerajaan mengenainya.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan…