
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dilantik sebagai pengarah jentera untuk PRK Parlimen Kemaman, yang membayangkan Barisan Nasional (BN) bakal bertanding di kubu kuat PAS itu.
Pelantikan bekas menteri besar Terengganu itu diumumkan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.
“Mesyuarat MKT malam ini bersetuju melantik Ahmad Said sebagai ketua jentera BN untuk PRK Kemaman,” kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman pada 2 Disember dengan 18 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili calon daripada PAS pada…