Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rosol nafi bakal sokong PM

today11 December 2023

Background


Rosol Wahid berikrar tetap teguh dan taat setia meneruskan perjuangan Perikatan Nasional. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid menafikan dakwaan tular di WhatsApp beliau bakal mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu menyifatkan dakwaan tersebut berniat jahat dan bertujuan menggugat kesepaduan serta menjatuhkan imej Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian kepada mana-mana pihak, terutama media.

“Pendirian saya tetap teguh dan kekal taat setia bersama rakan pemimpin lain meneruskan perjuangan dalam PN,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp tangkap layar laporan sebuah portal berita bertajuk “Sokong PM: Rosol akan keluar kenyataan esok” yang menggambarkan Rosol seolah-olah akan menjadi wakil rakyat PN terbaharu menyokong Anwar.

Rosol…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post